Thursday, October 28, 2010

ujian diagnostik

yup...bagi yang ada anak yg nak masuk tahun satu year 2011, so anak bujang aku yg sorang ni Haziq akan menduduki ujian ini, objektif untuk mengetahui tahap kecekapan murid2 yg nak masuk tahun satu. Macam macam kan...time kita dulu mana ada kan? hehehhe

being a mom, aku rasa cuak jugak, mcm mana la anak aku ni...ntah kelas mana la plak anak aku nanti, harapnya dia dapat duduk kelas yg baik , bergaul dengan murid murid yg baik dan pandai, thus create a right environment to unleashed his talent or capability. The ayah...sangat sempoi..relaks...tak boley la relaks sangat ayang ooiii...as parent kita kena buat yg terdaya, the rest let our sons do his part. 

yg paling panik, mak tok diorang..hahaha...dia yg buat tiusyen beriya bagai, tension kalau si abang buat perangai tak mahu belajar...hahahha..terima kasih mak...

overall, anak bujang aku tu ok, cuma tu laa.... mainnya, PS2nyer, waduuhhh...mengelegak jugak la darah... buat la yg terbaik wahai anakku, mama dan ayah will always be there for you, we will work it out together..

bab solat, bab mengaji alhamdullillah.... in fact most of the time dia yg tanya "waktu zuhur dah masuk ke mama?"...sejuk perut aku... kekadang tu terasa la kebabom...sbb mama pon buat leka la solat...alhamdullillah kami saling mengingati dan melengkapi..hehhehe

legaaaa......

selesai pon....... no words can describe the feelings , it a mixture of everything . Aku harap dan berdoa agar Allah lancar dan mudahkan semua urusan aku sekeluarga... juga untuk semua ummat Islam seluruhnya...amiinnnn

so what's next ????  ..hhhhmmmmmm  

Wednesday, October 27, 2010

bila masanya telah tiba....

aku tak sangka langsung yang ianya akan jadi sesusah ini...susah betol ....

ya Allah, sesungguhnya ko Maha Mengetahui ...

SUBHANALLAH.....

PERCUMA

mungkin you guys ada terbaca nih kat mana-mana, however nak share jugak, sbb ia amat menyentuh jiwa ku, air mata..jangan kata laa...mengalir bersama rasa insaf.

buat Haziq dan Harith , mama sayang kamu berdua , you guys kena look after each other dan mama doakan kamu menjadai anak yg soleh ..amiinn

in short this is how the story goes, thanks to ikim.fm

tinggal seorang ibu bersama dengan seorang anak lelakinya yg berumur 14 tahun, like all moms, she just loved him with all her heart. Anaknya dijaga, dibesarkan , diasuh dengan kasih sayang yg tiada batasan. Suatu hari si anak balik daripada sekolah dengan membawa sepucuk surat dan diserahkan kepada ibunya. Maka hairanlah si ibu ini dan lantas membacanya. Pada malam itu si ibu itu tidak dapat melelapkan matanya, sedih  kerana memikirkan isi kandungan surat anaknya itu

"ibu, saya minta bayaran kepada semua kerja yg saya buat..
cuci pinggan - RM2
basuh baju - RM5
sapu halaman / longkang - RM10
dan beberapa kerja lain yg membawa kepada jumlah keseluruhan RM30"

rupanya si anak terpengaruh dengan kawan-kawan sekolahnya yang membawa jumlah wang yg banyak ke sekolah, dan bila dia bertanya kepada kawannya, kawannya menjawab yang dia meminta bayaran atau upah atas semua kerja rumah yang dilakukan.

pada satu hari yang lain, apabila anak itu balik daripada sekolah, dia terlihat ibunya sedang menunggu dengan sepucuk surat didalam genggamannya. Diserahkan surat itu kepada anaknya, lantas anak itu membacanya, dengan linangan air mata serta badan yang menggeletar..si anak itu berlari menuju kepada ibunya dan memeluknya...dengan penuh kesal dan insaf, memohon ampun dan maaf atas perbuatannya...kandungan surat itu...


"bayaran kau duduk dalam rahim ibu selama 9 bulan - percuma
bayaran melahirkan - percuma
bayaran tak tidur malam kerana kau sakit dan demam - percuma
bayaran susu ibu yang kau minum - percuma
bayaran kasih sayang ibu untuk kini dan selamanya - percuma"

SUBHANALLAH.....

semoga kita sama-sama dapat pengajarannya

aku nih biasa laa..memang sentimental, well,  being a mom myself and my late mom is now bersama Allah , ini cukup memberi kesan . Mak, terima kasih atas semua tunjuk ajar dan nasihat that shape me the way i am now. Semoga Allah tempatkan mak bersama orang-orang yang soleh..amiinn


BARAKAH

ada bagus jugak bila rumah jauh daripada tempat keje, dan sejak aku dan hubby memilih ikim.fm menjadi radio pilihan, banyaklah tazkirah, ilmu dan motivasi menjadi halwa telinga...next time aku nak prepare buku dan pen, buat nota..boley share ngan korang...
yg berikut ni..kami dengar masa on the way balik tadi, tak dpt nak ingat semua, cuma intipatinya adalah syurga yg Allah kurnia didunia adalah bila kita dapat hidup dengan tenang (jiwa, fikiran dan perbuatan), makanya ini adalah apa yg disimpulkan

____________________________________________________________________

"untuk menjaga hubungan dengan Allah , JAGALAH SOLAT
untuk menjaga hubungan dengan manusia , JAGALAH LIDAH
untuk menjaga hubungan dengan Rasulullah, PERBANYAKKAN AMALAN SUNAH DAN SELAWAT

untuk hidup senang dan tenang , DAPATKAN BARAKAH (keberkatan)
dan
untuk mendapatkan barakah , BERBAKTILAH KEPADA IBU BAPA"
____________________________________________________________
SUBHANALLAH.....
marilah kita sama renungkan...

Monday, October 11, 2010

thanks gegurl !!!

terima kasih utk tuan/puan rumah aka organiser for a lovely raya potluck gathering ... best giler.. rumah yg cantik dan selesa , sesuwaaii untuk activiti gossip raya gegurls...miahhahaha

utk semua gang gegurl..thanks sbb sudi datang...what a catch up session , really enjoy it much dah lama tak jumpa...terubat la jugak rindu...to gegurl yg dah "keluar" tu..semoga korang terus berjaya, kerja elok2 hargai apa yg korang dah dapat..insya Allah, harap Allah akan limpahkan barakah kepada kita semua..

food..mmg best...
ayam panggang - sangat sodap...terima kasih tuan rumah aka mama alya2.0
satay - memang laku...haziq aje ntah brapa cucuk..terima kasih ya bakal pengantin
kuey teow goreng - lazat... terima kasih mama afiq
pizza domino n ayam masak merah - what can i say..haziq makan 3 kpg..mcm mana tuh, terima kasih mama alya1.0
ikea meatballs - sapa boley resist kan..heheh..terima kasih mama hana
kacal pol  - i love the most ...thanks k.dillaa...

dan lelain food and desert simply sedaapppp

selepas membuat pesta tapau...miahhahah...biasa la kan

kami adakan sessi bergedik di pool..hehehe

untuk semua anak-anak yg comel , alya1.0 alya2.0 , hana, afiq, kimi semoga Allah kurniakan semua dengan kesihatan yg baik...dan dimurahkan rezeki..jadila anak kebanggaan mama dan ayah tauu..insya Allah ..amiinn

next time turn sapa...jeng jeng jeng...hehhehe..insya Allah..we should do this more often kan...

upload gambo kemudian..