Tuesday, March 29, 2011

hari stress ....

uwaaaa... dalam mode panik ni... stress...tetiba notebook kesayangan was under virus attack semalam, sampai nak masuk windows pon tak boley. Kureng betul laaa... aku ada baaaaaanyaaaaaakkkkk keje dan ada dateline jumaat nih... habis laaa...notebook plak masuk workshop... semoga dapat diselamatkan

sekarang ni tengah guna notebook spare... tak la sebagus spec notebook aku yg dalam ICU tu..tapi sukeerrr...sbb skrin dia besar.

now in waiting mode .... zzzzzzz

Friday, March 25, 2011

haziq n harith yg lagiii awesome!!!

wajah2  kesayangan hamba

tadaaaaaa..... ni la diaaaaa, insan - insan yg teristimewa dalam hidup aku....korang sentiasa di dalam hati mama...saaaaayaaaannnggg korang tau... hehhe
  

awesome mama....

ini antara bingkisan ilmu yg berupaya aku coretkan sebagai tatapan dan panduan aku dan harapnya untuk you all jugak ...insya Allah

Dr. Muhamad Fadzilah Kamsah atau DMFK, dalam slot beliau bersama Abby Fana dalam Sinar.fm mengingatkan perkara-perkara berikut

  1. Tidak perlu berkasar atau bercakap kasar dengan anak-anak
  2. Elakkan ayat marah atau ayat menyumpah atau ayat maki terhadap anak-anak kerana percakapan seorang mama adalah doa..maka doakan yg terbaik sahaja untuk anak-anak. 
  3. Minta la maaf dengan anak-anak sekiranya telah marah atau berkasar pada anak-anak. 
  4. Mertua juga adalah seperti ibu bapa, berbuatlah baik pada mereka juga. Jika tidak, sukar mendapat keberkatan rezeki...
  5. Jika selalu doa untuk dapat anak yg baik, berdoalah jugak untuk menjadi mama/ayah yg baik untuk anak-anak kita. 
sob sob...sedih la plak...aku mmg garang tapi tak la plak aku menyumpah atau kata kesat kat Haziq n Harith , cuma frekuensi suara aku ajer terlebih skala dan terkadang tuh ternaik la juga tangan ....erk...rasa bersalah plak kat dorang... balik nanti nak minta maaf la kat dorang... 

bukan apa..mama cuma nak terbaik for both of you..and mama juga akan cuba menjadi awesome mama untuk you both...

Ya Allah, bantu la aku...     

Thursday, March 24, 2011

full attendance ??!?!?

haziq nyer attendance untuk school year 2011 dah sedikit tercalit....hehehhe...dia tak attend school semalam dan kelmarin...demam...penangan main pool dlm hujan la agaknya tu...hehhehe

aku sebagai mak yg poyo rasa panik ... kot la tertinggal syllabus...heheh...relax la mama...

Monday, March 21, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

watched this anticipated epic malay movie last friday ....

ikhsan : KRU Studios

oh yes.. i love epic movie, so to go and watch an epic movie directed by a young promising Malaysian is so exciting. I can't help to have high expectation for this movie and it turned out, it was not bad after all!!!.... the effort put into it worth a different degree of acknowledgment. Yusri and KRU definitely put themselves in a league of their own. 

i love the set,  the costume,  the make up,  sound effect and background music, the special effect and the cinematography , simply awesome. however the storyline could be better as well as the dialog. All in all...kudos to all cast and crews...   it worth watching...

see trailer


mr.hubs didn't enjoy it as much..hehhehe...dia kata dia dah baca buku hikayat tu...erk?#$#....
     

Raja Lawak

Raja Lawak edisi tahun 2011 musim ke 5, tahniah Man!!

ikhsan dari astro
Raja Lawak has been my favourite show since season 1. Masa untuk bergelak terguling-guling , kalau mr.hubs plak..gelak sampai tak dengar suara..hehehhe...Tarikan utama...hihihih...apa lagi Johan ngan Zizan laaa....everything that they do...semua kena..semua lawak...kekadang tu geram tgk gelagat dorang... nakal ..but love them so much..hehhehe

ikhsan murai.com : suka kat dorang niiii...

splish splash time...

untuk merawat hati yg lara....we went to Shah Alam Water Theme Park... melayan 2 jantung hati aku tu nak main air

so layan gambr ajer laaa

tengok dorang happy mcm tu..hilang jap segala masalah...hehehhe
time nih hujan sbnrnya...tapi layankan saja....
smbil menyelam nak tunjuk peace jugak...aiiisshhh
lagi aksi haziq
see arrow : aksi harith

see arrow : aksi haziq













dugaan...

subhana Allah ....

Mac ni, banyak la pulak dugaan melanda ... cukup menduga kesabaran dan ketabahan hati aku dan mr.hubs. semoga kami dapat menempuh semuanya bersama-sama , terus bersabar dan terus berada di jalanNya dan yakin Allah Maha Mengetahui segalanya dan Maha Pemurah .Tak terjangkau oleh akal kita apa yg Allah dah plan untuk kita kan? sebagai manusia , hanya mampu merancang dan berusaha, yang lain tu..wallah A'lam. 

for the past 3 weeks, aku mengalami pendarahan yg agak luar biasa, lebih lama daripada biasa, setelah aku missed period hampir 2 bulan...sighhh..ingat kan pregnant..uhuhu..tak der rezeki... but then pada hari 13 aku rasa aku mengalami keguguran, seketul daging/tisu keluar okay.... dalam 10-13 cm mcm tu...terkejut dan confuse..alamak..aku pregnant ker? call ummi and abah then dia suspect aku keguguran laaa.. the next day I went for checkup and request for ultrasound, kot la mmg aku pregnant and benar aku miscarriage , just to make sure dah habis semua kluar... kalu tak nanti infection plak...lagi parah. Doctor plak tak rasa aku miscarriage .. confuse... apa yg kluar hari tuuu...

http://portal.alamhamil.com
  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
simptom 1 : mmg ada...aku ingat aku period dan agak lain daripada yg selalu aku alami. 
simptom 2 : hmm masa kejadian tu tak der la plak rasa sakit...cuma yg pelik aku rasa seminggu sebelum tu aku rasa period pain yg very mild, mmg pelik sbbnya aku tak pernah period pain selepas berkahwin... doctor kata you should rasa contraction mcm nak bersalin ...erk
simptom 3 : yes..mmg ada... erk..

buat ultrasound, clear...rahim aku clear dan dia expect aku akan bleeding for the next 7 days,  tak perlu D&C, menguatkan lagi diagnosis doctor yg aku cuma period , yg menjadikan luar biasa mungkin disebabkan hormon aku agak tak stabil dan yg keluar tu adalah darah yg dah lama tersekat yg menjadikan period aku selama ini tidak regular...

apa pon .. aku mcm terasa aku miscarriage , terasa mcm apart of me now missing... aku redha, semua ini kehendak Allah.

sekarang ni, bleeding dah nak nak habis, Alhamdulillah .. dah lama tak solat ... rasa rinduuu..tak ada tempat nak mengadu..

Ya Allah, aku bermohon agar aku menjadi hambaMu yg menjaga dan mendirikan solat dan sentiasa berada di jalanMu. Amiinnn...
          

Thursday, March 17, 2011

al-fatihah

kepada Mak Norila yg telah menghembuskan nafas terakhir tengahari tadi . Semoga Allah tempatkan arwah disamping orang2 yg beriman. Mak Norila ni mak saudara sebelah hubby. Tengah tunggu hubby nak balik kampung melawat...

Ya Allah permudahkan la semuanya untuk kami sekeluarga. Amiinn...

Wednesday, March 16, 2011

observation

aku notice yg anak bujang aku yg sorang nih..Haziq, minat sangat menghafal surah-surah hafazan ayat-ayat lazim...

so masa cuti nih makin ketara... bila dia dah sedar dari tido, tapi still malas nak bangun ... then dia baca laaa. Bila dia boring2 then dia baca lagi...tgh menulis ker, tgh main basikal ker dia baca lagi....

antara surah yg dia dah lancar
1. Surah Ad-Dhuha
2. Surah Al-Insyirah (yg alam nasyrah tuuu)
3. Surah "tak tahu nama...erk" (yg wattiniwazzaitun)..

so aku pesan... abang baca la surah2 tuh dalam solat, nanti abang sentiasa ingat...

sbbnya..bila bab solat, memula aku ckp mcm seorang mama yg santun ...lama - lama mcm tarzan... dia dah boleh baca dgn sempurna..bacaan solat semua dah OK...cuma tuh la..kena kejaarr yg tak larat ... sabar-sabar yg mama...hehhehe

ok balik pasal yg hafazan tadi hehhe, aku ada la terdetik, kot la haziq ni berminat nak jadi seorang Hafiz, mama will support you... aku kena observe lagi... heheh...then nak carik good sekolah tahfiz...mmm

Tuesday, March 15, 2011

nice cool clip...

 aku dah lama tahu pasal lagi ni...tapinya baru aku terperasan video clipnya semalam...bila lepas tengok MHI. Altimet mmg suara unik...signature style..dgr ajer dah tahu siapa, lagu ni best...tapi video nya sempoi sangat laaa, kasi up skit laa, buat storyline ke apa, invest la skit apa salahnya kan..hehehhe... and yg lebih menyeronokkan...ada la muka muka ... Noh , Loque , Joe Flizzow...yg lain tu tak kenal la...hikhikhik...anyway...cool clip though

so layannzzzz

malu....takut

semalam selepas layan so you think you can dance ... kami layan tanyalah ustaz featuring Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz .. yg sememangnya idola aku... topik yg disentuh,ALAM BARZAKH.

semua akan melalui fasa ini, sah tersebut dalam nas. ada 2 golongan pada ketika alam barzakh
1. golongan yg diseksa
2. golongan yg diberi nikmat

golongan yg pertama tu...self explanatory ... seandainya ketika hayat kita didunia lalai dan alpa, tidak berada di jalan Allah, tidak solat , tidak menjadikan Quran sebagai panduan hidup maka seksa kubur tidak dapat dielakkan...maka kembalilah ke jalan Allah dan pohon la pada Allah agak kita dijauhkan daripada panas api neraka dan juga seksa kubur

golongan yg diberi nikmat ini pula golongan yg lancar menjawab soalan munkar dan nakir , maka bersemadilah ia dalam alam barzakh dalam keadaan aman. seandainya Al-Quran itu menjadi amalan ketika hidupnya maka bacaan itu la nanti yg akan menemani dan memberi cahaya di alam barzakh, tenang dan damai sehinggalah hari pembalasan tiba. Sedekah , amal jariah juga antara amalan yg membantu menerangkan alam kita disana...

subhana Allah...Maha Suci Allah

aku duk terpaku ... masya Allah... sikitnyaaa la amalan aku... MALU..TAKUT.    

Ya  Allah, jadikan la aku dan keluargaku hambaMu yg menjaga dan mendirikan solat, teguhkan la iman kami agar sentiasa mengingatiMu. Amiiinn...   

Monday, March 14, 2011

relax skit....

school holiday!!!!....so bukan Haziq sajer yg agak relax, mama pon sama yeaayyy!!!....

no early morning scream for haziq to get off the bed, no ironing marathon and  no bekal preparation for A WEEK...!!!!...hahhaha

tapinyaaa...aku bekalkan homework yg byk untuk Haziq...during his stay @ mak toks. Harith pon sama..walaupon tak official masuk sekolah... writing, colouring and matching exercise for you also..hehhehe

anyway...tengah terfikir nak bawak gi dorang nih pergi berkelah.... mana ek...

nak pi jejauh...mama n ayah bajet busy ntah apa2 ... kaya tak jugak???#$#@%...hahhahaha...will think of something..... 

eerrrmmmm........      

Friday, March 11, 2011

iktibar

kita semua dah tahu mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yg melanda negara matahari terbit tu aka Jepun . News, videos  everywhere...real-time kita dapat menyaksikan kekuasaan Allah dan hanya dengan kehendaknya sesuatu musibah itu berlaku

teringat pesan ustaz, sekiranya ada musibah melanda atau kita melihat musibah melanda kepada orang lain, ucaplah "inna lillah..." atau "subhana Allah" . Bukanlah sesuatu itu berlaku tanpa sebab, ada pengajaran dan iktibar untuk direnung dan difikirkan. Allah memberi peringatan agar tidak lupa padaNya dan menyedari atau menginsafi  kesilapan dan kelalaian kita .

semoga mereka di sana tabah menghadapi ujian ini...

Thursday, March 10, 2011

sponge....

aku nih kan korang byk kejeeeee...aku dgn my bestest mr.PM dah jadi sponge...hikhikhik...kena peraaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh..... bila rasa dah kering...diorang sendiri yang tambah air...then peraaaahhh lagi sesuka rasa..... boleeyyy!!?!?!...

kesian tak kat kami...

so excited

hari ni ada meeting kat mtdc serdang... best betol opis diornag, to add to the excitement are the familiar faces... somehow rather welcoming and touching..hehhehe....

i am so happy for all of them...glad that they are doing things that they know and best at...all the best to all hopefully we will cross each other path somewhere in future,we can never know .....

Tuesday, March 8, 2011

Why women are special ...

got this nice article from a dearest kakak.... thanks
i do not have a daughter ... yet ...  hehhe..  to share this nice things about being a mum .. so i share this with all friends out there who are already blessed with pretty, healthy , precious "baby" girl... :)
 
**********
When you are a mum, you will be able to accomplish this too... Mummy is very sure of that coz Mummy is now doing all those (almost) too when Mummy became a mum.

Mum and Dad were watching TV when Mum said, "I'm tired, and it's getting late. I think I'll go to bed." 

  1. She went to the kitchen to make sandwiches for the next day's lunches. 
  2. Rinsed out the popcorn bowls, 
  3. took meat out of the freezer for supper the following evening, 
  4. checked the cereal box levels, 
  5. filled the sugar container, 
  6. put spoons and bowls on the table and 
  7. started the coffee pot for brewing the next morning. 
  8. She then put some wet clothes in the dryer, 
  9. put a load of clothes into the washer, 
  10. ironed a shirt and 
  11. secured a loose button. 
  12. She picked up the game pieces left on the table, 
  13. put the phone back on the charger and 
  14. put the telephone book into the drawer. 
  15. She watered the plants, 
  16. emptied a wastebasket and 
  17. hung up a towel to dry. 
    She yawned and stretched and headed for the bedroom.
     
  18. She stopped by the desk and wrote a note to the teacher, 
  19. counted out some cash for the excursion and 
  20. pulled a text book out from hiding under the chair. 
  21. She signed a birthday card for a friend, 
  22. addressed and stamped the envelope and 
  23. wrote a quick note for the grocery store. 
  24. She put both near her bag. 
  25. Mum then washed her face with 3 in 1 cleanser, 
  26. put on her Night Solution & age fighting moisturizer, 
  27. brushed and flossed her teeth and 
  28. filed her nails. 
    Dad called out, "I thought you were going to bed." 
    "I'm on my way," she said.
  29. She put some water into the dog's dish 
  30. and put the cat outside, 
  31. then made sure the doors were locked and the patio light was on.. 
  32. She looked in on each of the kids and 
  33. turned out their bedside lamps and radios, 
  34. hung up a shirt, 
  35. threw some dirty socks into the hamper, 
  36. and had a brief conversation with the one up still doing homework. 
  37. In her own room, she set the alarm; 
  38. laid out clothing for the next day, 
  39. straightened up the shoe rack. 
  40. She added three things to her 6 most important things to do list. 
  41. She said her prayers, and visualized the accomplishment of her goals.

About that time, Dad turned off the TV and announced to no one in particular. "I'm going to bed." And he did...without another thought. 

Anything extraordinary here? Wonder why women live longer...? 'BECAUSE THEY ARE MADE FOR THE LONG HAUL......... (and they can't die sooner, they still have MANY things to do!!!!)

Maha Suci Allah.... semoga kita semua berada dalam hidayah Allah dan dapat terus beribadah kepadaNya...


Friday, March 4, 2011

exception

apa la ngan aku hari ni....hehehhe

sorry Haziq.....mama lupa nak letak botol air dalam bag abang .. huhuhu...tu la yg berlaku pagi ni...bukannya apa..botol tuh didalam bag sekolah agama kat rumah MIL, so aku sudah terlupa untuk ambilnya pagi tadi....risau dan kesian... dah la hari ni aku tak bekalkan makanan..cuma bagi duit sahaja RM1. 

MIL pesan suh pergi sekolah dan hantar, biasalakan orang tua...sayang cucu...aku pon kesian jugak tapi well things happen ... then mr.hubs cakap tak perlu hantar air tu pada abang...erk....huhuhuh.... Haziq kena belajar ada exceptions in life, learn to think  to survive, ... pandai - pandai dia laaa dengan duit RM1 tuh untuk beli air dan makanan...hmmm.... dapat ke tidak makanan dan minuman utk RM1 kat kantin tu..haaiihhh...

well ini pon pengajaran untuk aku .... aku tend to forget things..pada hal semua dah siap sebelum tido...haaaiiihhh..
on the other hand mama also think you should learn to become more responsible of your own things , your school bags , books and stationeries, your bottles, shoes and socks so that we can work together even better so this situation can be avoided. 

can't wait what his stories going to be today... will he get mad at me.???..hehhe...will find out and share with you guys..hehehhe
    

Wednesday, March 2, 2011

password DOA

Allah berjanji dalam surah Ghafir ayat 60 , bermaksud

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"

dalam ayat mudah.... Allah kata "Kau minta (doa) maka Aku akan bagi (perkenankan)"....
Maha Besar Allah, Maha Suci Allah..maka benarlah firmannya itu

Why Doa ? 
1.Lumrah manusia yg sentiasa memerlukan
2.Menunjukkan keabdian kita kepada Allah
3.Kerana Allah sentiasa mendengar dan Maha Pemurah

When Doa ?
Waktu waktu berdoa yg mustajab
1. Ketika Sujud.
2. Waktu antara Azan dan Iqamat
3. Waktu hendak berbuka puasa
4. Ketika Bermusafir
5. Ketika Askar Islam sedang bertempur. 
6. 1/3 malam yang terakhir (sebelum subuh)

How Doa ?
Faktor2 kepada kemustajaban doa . Password dan Adab

Password untuk doa yg mustajab
Y2K  , yang membawa makna
1.Y yg pertama : YAKIN , Allah mendengar Doa kita
2.Y yg kedua : YAKIN, Allah akan memperkenankan Doa kita
3. K , Khusyuk , adalah lebih baik kita faham doa yg dipohonkan , bila lebih faham akan menjadi lebih khusyuk...

Adab berdoa
1. Dalam keadaan berwudhuk dan mengadap kiblat
2. Priority doa, dahulukan doa yg tertulis dalam Al-Quran, then Doa yg diamalkan oleh Rasullullah S.A.W, kemudian para sahabat . 
3. Dimula dan diakhiri dengan kalimat syukur dan selawat.

Where Doa?
Tempat-tempat yg baik untuk berdoa
1. Di dalam masjid
2. Di Masjidil Haram

Subhana Allah....

inilah coretan semalam aku ketika menonton Halaqah @ TV9 semalam...
next week 8.3.2011, tajuk Halaqah , "Kenapa Yahudi?" ... jgn lupa tune in ek...hehhe

ilmu yg dapat ni tak le seberapa you alls, just sharing, harap memberi manfaat kepada semua. Thanks