Monday, March 21, 2011

dugaan...

subhana Allah ....

Mac ni, banyak la pulak dugaan melanda ... cukup menduga kesabaran dan ketabahan hati aku dan mr.hubs. semoga kami dapat menempuh semuanya bersama-sama , terus bersabar dan terus berada di jalanNya dan yakin Allah Maha Mengetahui segalanya dan Maha Pemurah .Tak terjangkau oleh akal kita apa yg Allah dah plan untuk kita kan? sebagai manusia , hanya mampu merancang dan berusaha, yang lain tu..wallah A'lam. 

for the past 3 weeks, aku mengalami pendarahan yg agak luar biasa, lebih lama daripada biasa, setelah aku missed period hampir 2 bulan...sighhh..ingat kan pregnant..uhuhu..tak der rezeki... but then pada hari 13 aku rasa aku mengalami keguguran, seketul daging/tisu keluar okay.... dalam 10-13 cm mcm tu...terkejut dan confuse..alamak..aku pregnant ker? call ummi and abah then dia suspect aku keguguran laaa.. the next day I went for checkup and request for ultrasound, kot la mmg aku pregnant and benar aku miscarriage , just to make sure dah habis semua kluar... kalu tak nanti infection plak...lagi parah. Doctor plak tak rasa aku miscarriage .. confuse... apa yg kluar hari tuuu...

http://portal.alamhamil.com
  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
simptom 1 : mmg ada...aku ingat aku period dan agak lain daripada yg selalu aku alami. 
simptom 2 : hmm masa kejadian tu tak der la plak rasa sakit...cuma yg pelik aku rasa seminggu sebelum tu aku rasa period pain yg very mild, mmg pelik sbbnya aku tak pernah period pain selepas berkahwin... doctor kata you should rasa contraction mcm nak bersalin ...erk
simptom 3 : yes..mmg ada... erk..

buat ultrasound, clear...rahim aku clear dan dia expect aku akan bleeding for the next 7 days,  tak perlu D&C, menguatkan lagi diagnosis doctor yg aku cuma period , yg menjadikan luar biasa mungkin disebabkan hormon aku agak tak stabil dan yg keluar tu adalah darah yg dah lama tersekat yg menjadikan period aku selama ini tidak regular...

apa pon .. aku mcm terasa aku miscarriage , terasa mcm apart of me now missing... aku redha, semua ini kehendak Allah.

sekarang ni, bleeding dah nak nak habis, Alhamdulillah .. dah lama tak solat ... rasa rinduuu..tak ada tempat nak mengadu..

Ya Allah, aku bermohon agar aku menjadi hambaMu yg menjaga dan mendirikan solat dan sentiasa berada di jalanMu. Amiinnn...
          

No comments: