Tuesday, March 15, 2011

malu....takut

semalam selepas layan so you think you can dance ... kami layan tanyalah ustaz featuring Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz .. yg sememangnya idola aku... topik yg disentuh,ALAM BARZAKH.

semua akan melalui fasa ini, sah tersebut dalam nas. ada 2 golongan pada ketika alam barzakh
1. golongan yg diseksa
2. golongan yg diberi nikmat

golongan yg pertama tu...self explanatory ... seandainya ketika hayat kita didunia lalai dan alpa, tidak berada di jalan Allah, tidak solat , tidak menjadikan Quran sebagai panduan hidup maka seksa kubur tidak dapat dielakkan...maka kembalilah ke jalan Allah dan pohon la pada Allah agak kita dijauhkan daripada panas api neraka dan juga seksa kubur

golongan yg diberi nikmat ini pula golongan yg lancar menjawab soalan munkar dan nakir , maka bersemadilah ia dalam alam barzakh dalam keadaan aman. seandainya Al-Quran itu menjadi amalan ketika hidupnya maka bacaan itu la nanti yg akan menemani dan memberi cahaya di alam barzakh, tenang dan damai sehinggalah hari pembalasan tiba. Sedekah , amal jariah juga antara amalan yg membantu menerangkan alam kita disana...

subhana Allah...Maha Suci Allah

aku duk terpaku ... masya Allah... sikitnyaaa la amalan aku... MALU..TAKUT.    

Ya  Allah, jadikan la aku dan keluargaku hambaMu yg menjaga dan mendirikan solat, teguhkan la iman kami agar sentiasa mengingatiMu. Amiiinn...   

No comments: