Friday, March 25, 2011

awesome mama....

ini antara bingkisan ilmu yg berupaya aku coretkan sebagai tatapan dan panduan aku dan harapnya untuk you all jugak ...insya Allah

Dr. Muhamad Fadzilah Kamsah atau DMFK, dalam slot beliau bersama Abby Fana dalam Sinar.fm mengingatkan perkara-perkara berikut

  1. Tidak perlu berkasar atau bercakap kasar dengan anak-anak
  2. Elakkan ayat marah atau ayat menyumpah atau ayat maki terhadap anak-anak kerana percakapan seorang mama adalah doa..maka doakan yg terbaik sahaja untuk anak-anak. 
  3. Minta la maaf dengan anak-anak sekiranya telah marah atau berkasar pada anak-anak. 
  4. Mertua juga adalah seperti ibu bapa, berbuatlah baik pada mereka juga. Jika tidak, sukar mendapat keberkatan rezeki...
  5. Jika selalu doa untuk dapat anak yg baik, berdoalah jugak untuk menjadi mama/ayah yg baik untuk anak-anak kita. 
sob sob...sedih la plak...aku mmg garang tapi tak la plak aku menyumpah atau kata kesat kat Haziq n Harith , cuma frekuensi suara aku ajer terlebih skala dan terkadang tuh ternaik la juga tangan ....erk...rasa bersalah plak kat dorang... balik nanti nak minta maaf la kat dorang... 

bukan apa..mama cuma nak terbaik for both of you..and mama juga akan cuba menjadi awesome mama untuk you both...

Ya Allah, bantu la aku...     

No comments: