Wednesday, October 27, 2010

PERCUMA

mungkin you guys ada terbaca nih kat mana-mana, however nak share jugak, sbb ia amat menyentuh jiwa ku, air mata..jangan kata laa...mengalir bersama rasa insaf.

buat Haziq dan Harith , mama sayang kamu berdua , you guys kena look after each other dan mama doakan kamu menjadai anak yg soleh ..amiinn

in short this is how the story goes, thanks to ikim.fm

tinggal seorang ibu bersama dengan seorang anak lelakinya yg berumur 14 tahun, like all moms, she just loved him with all her heart. Anaknya dijaga, dibesarkan , diasuh dengan kasih sayang yg tiada batasan. Suatu hari si anak balik daripada sekolah dengan membawa sepucuk surat dan diserahkan kepada ibunya. Maka hairanlah si ibu ini dan lantas membacanya. Pada malam itu si ibu itu tidak dapat melelapkan matanya, sedih  kerana memikirkan isi kandungan surat anaknya itu

"ibu, saya minta bayaran kepada semua kerja yg saya buat..
cuci pinggan - RM2
basuh baju - RM5
sapu halaman / longkang - RM10
dan beberapa kerja lain yg membawa kepada jumlah keseluruhan RM30"

rupanya si anak terpengaruh dengan kawan-kawan sekolahnya yang membawa jumlah wang yg banyak ke sekolah, dan bila dia bertanya kepada kawannya, kawannya menjawab yang dia meminta bayaran atau upah atas semua kerja rumah yang dilakukan.

pada satu hari yang lain, apabila anak itu balik daripada sekolah, dia terlihat ibunya sedang menunggu dengan sepucuk surat didalam genggamannya. Diserahkan surat itu kepada anaknya, lantas anak itu membacanya, dengan linangan air mata serta badan yang menggeletar..si anak itu berlari menuju kepada ibunya dan memeluknya...dengan penuh kesal dan insaf, memohon ampun dan maaf atas perbuatannya...kandungan surat itu...


"bayaran kau duduk dalam rahim ibu selama 9 bulan - percuma
bayaran melahirkan - percuma
bayaran tak tidur malam kerana kau sakit dan demam - percuma
bayaran susu ibu yang kau minum - percuma
bayaran kasih sayang ibu untuk kini dan selamanya - percuma"

SUBHANALLAH.....

semoga kita sama-sama dapat pengajarannya

aku nih biasa laa..memang sentimental, well,  being a mom myself and my late mom is now bersama Allah , ini cukup memberi kesan . Mak, terima kasih atas semua tunjuk ajar dan nasihat that shape me the way i am now. Semoga Allah tempatkan mak bersama orang-orang yang soleh..amiinn


No comments: