Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidur Rasul

siapa yg ada tengok halaqah @ TV9 semalam?? tajuk nya tak silap aku "sejambak bunga cinta", berkongsi ilmu mengenai kehebatan Rasullullah S.A.W dan sayang dan cinta baginda pada ummat nya .. kita la...ummat akhir zaman. 

lalai, leka .. terasa hina dan kerdil ...  Rasullullah tinggalkan amanat dan wasiat untuk diikuti agar kita sentiasa dalam rahmat Allah . Antara amanat nya adalah tingkatkan Ukhuwah antara Ummat Islam . Bersatu padu adalah kunci kepada kejayaan ummat Islam sejagat .

Sayangnya Rasullullah pada ummatnya amatlaaa mengagumkan, baginda sentiasa bermohon pada Allah agar semua ummatnya berada dalam syafaatnya ketika hari pembalasan nanti . Ya Allah , kurniakan la semua yg terbaik buat junjungan besar kami Muhammad S.A.W, aku berharap ya Allah agar aku menjadi antara ummatnya yg berpeluang berjumpa dan mendapat syafaatnya.

Kenalilah Muhammad S.A.W...
Cintailah Muhammad S.A.W...
kerana 
Muhammad S.A.W amat menyintai kitaa...

Subhana Allah...

ps : ulangan Halaqah, hari isnin nanti jam 9 pagi....

No comments: