Wednesday, October 19, 2011

sharing....

these past few days , adalah hari2 yg kami duduk dalam kereta lebih lama daripada dalam rumah....hahhaha... apa kaitan aku pon tak pasti ... cumanya topic yg kerap aku sempat terdengar kat dalam kereta atau kat TV dlm beberapa hari ini adalah berkenaan doa, law of attraction agaknya... agaknya Allah nak bagitahu aku untuk memperbaiki amalan dan juga kasi upgrade doa aku .. terima kasih Allah, so teringin la nak share ngan u'olls , bersama kita kejar fadhilat dan hikmatnya

sumber ikim.fm
7 golongan yg doanya tidak ditolak Allah (tapi ingat 6 ajer ... ish ish)
  1. Doa ibu bapa kepada anaknya - sentiasalah doakan yg terbaik untuk anak Insya Allah anak kita akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah
  2. Doa anak yang soleh - sentiasa la doakan kesejahteraan ibu bapa kita, Allah akan murahkan rezeki.
  3. Doa sahabat yg baik - sentiasalah doakan kebaikan utk sahabat dan rakan. 
  4. Doa orang yg berpuasa
  5. Doa orang yg bermusafir
  6. Doa pemimpin yg adil

 sumber Halaqah : Ayat 1000 dinar

Ayat ini memberitahu kita agar kita sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran kerana hukuman Allah adalah pasti. Dan , Allah juga menjanjikan kesejahteraan, permudahkan urusan dan limpahan rezeki sekiranya kita berTAKWA. 

1.Ayat ini hendaklah diamalkan dengan ikhlas, bukan hanya setakat tampal atau gantung
2.Semua amalan ,pekerjaan hanya semata untuk TAKWA kepada Allah dan untukmendapatkan keredhaanNya. sbg contoh , 
  1. tampal dan baca ayat 1000 dinar, tapi tak solat (TAKWA : jaga dan dirikan solat). 
  2. tampal dan baca ayat 1000 dinar, tapi tak jaga Aurat (TAKWA : jaga Aurat dengan betul).
  3. tampal dan baca ayat 1000 dinar, tapi tak jaga Amanah (TAKWA : Menjaga amanah tanggungjawab sebagai pekerja, suami, isteri, pemimpin etc).
Ustaz Zahazan plak ada share jugak kat ikim pagi tadi
  1. Doa dengan rasa tawadhu' iaitu merasa diri hina dan amat memerlukan pertolongan Allah. 
  2. Doa dengan yakin , Allah mendengar dan akan memberi pertolongan.
  3. Sentiasa berdoa secara istiqomah iaitu berterusan , ketika susah dan senang, ketika sihat dan sakit.
thanks sbb sudi baca ;

No comments: