Wednesday, October 19, 2011

dah baca Al-Quran

Haziq dah baca habis muqaddam dan dah mula baca Al-Quran ... alhamdullillah , semoga abang terus dirahmati Allah dan menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan sepanjang hayat. amiinn

alhamdullillaahhh... chaiyok haziq

kudos to you la abang , yg sorang lagi tuh???? erk..
love you both and ayah too....

sharing....

these past few days , adalah hari2 yg kami duduk dalam kereta lebih lama daripada dalam rumah....hahhaha... apa kaitan aku pon tak pasti ... cumanya topic yg kerap aku sempat terdengar kat dalam kereta atau kat TV dlm beberapa hari ini adalah berkenaan doa, law of attraction agaknya... agaknya Allah nak bagitahu aku untuk memperbaiki amalan dan juga kasi upgrade doa aku .. terima kasih Allah, so teringin la nak share ngan u'olls , bersama kita kejar fadhilat dan hikmatnya

sumber ikim.fm
7 golongan yg doanya tidak ditolak Allah (tapi ingat 6 ajer ... ish ish)
  1. Doa ibu bapa kepada anaknya - sentiasalah doakan yg terbaik untuk anak Insya Allah anak kita akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah
  2. Doa anak yang soleh - sentiasa la doakan kesejahteraan ibu bapa kita, Allah akan murahkan rezeki.
  3. Doa sahabat yg baik - sentiasalah doakan kebaikan utk sahabat dan rakan. 
  4. Doa orang yg berpuasa
  5. Doa orang yg bermusafir
  6. Doa pemimpin yg adil

 sumber Halaqah : Ayat 1000 dinar

Ayat ini memberitahu kita agar kita sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran kerana hukuman Allah adalah pasti. Dan , Allah juga menjanjikan kesejahteraan, permudahkan urusan dan limpahan rezeki sekiranya kita berTAKWA. 

1.Ayat ini hendaklah diamalkan dengan ikhlas, bukan hanya setakat tampal atau gantung
2.Semua amalan ,pekerjaan hanya semata untuk TAKWA kepada Allah dan untukmendapatkan keredhaanNya. sbg contoh , 
  1. tampal dan baca ayat 1000 dinar, tapi tak solat (TAKWA : jaga dan dirikan solat). 
  2. tampal dan baca ayat 1000 dinar, tapi tak jaga Aurat (TAKWA : jaga Aurat dengan betul).
  3. tampal dan baca ayat 1000 dinar, tapi tak jaga Amanah (TAKWA : Menjaga amanah tanggungjawab sebagai pekerja, suami, isteri, pemimpin etc).
Ustaz Zahazan plak ada share jugak kat ikim pagi tadi
  1. Doa dengan rasa tawadhu' iaitu merasa diri hina dan amat memerlukan pertolongan Allah. 
  2. Doa dengan yakin , Allah mendengar dan akan memberi pertolongan.
  3. Sentiasa berdoa secara istiqomah iaitu berterusan , ketika susah dan senang, ketika sihat dan sakit.
thanks sbb sudi baca ;

Monday, October 17, 2011

out and about

our sundays starts with pergi repair power window kereta yg tetiba nak mogok ... alahai .. huhuuh ...by then it was almost 11 am , perut semua lapar gara-gara tak sarapan huhhu...duh ... we all pon menuju KL , destinasi, nak makan lunch kat Tupai-Tupai . Its the family first trip together , but few times for me before, with gang makan-makan of course ...

jarang kami buat mcm ni..biasanya makan sesiap daripada rumah, ataupun singgah jer mana2 kedai makan, may it be restoran biasa or even warong...hahah that's us... keep it simple and cost effective ...hahahha, but today we have 3 achievements well deserve a celebration , so proud of myself :)

  1. Being a speaker in Central Banks Online Communication Group Conference . A close BNM event , with international audience consists of web experts from central bank around the world . It was awesome to be selected , i deliver my best and yeay!!!.. i did it ...
  2. Then I dah berjaya Khatam Al-Quran , alhamdulilah semoga amalan ramadhan yg aku mulakan , berterusan hingga akhir hayat.. yeay!!...lepas ni nak mula baca Tafsir , me and hubby thought of going Tafsir class , we'll see how to accommodate this . May Allah mudahkan
  3. Last but not least , celebrate mr.hubby is now officially a phd student . good luck ayang... Wish you the very best of luck... I know you will succed , you are now living your dream to be Dr. Muhd Abdul Hay.... yaeayy

so i must say , i was an enjoyable celebration with good food of course. Thank Allah for the nikmat. Couldn't ask for more. 

nanti update lagi ek..babai

Friday, October 7, 2011

tips to share

huyooo..lama btol tak update...bajet bussyyyy...miahhahah...

pagi tadi sblm kluar rumah nak pergi office, sempat la layan wardina kat tv3 yg ketika itu bersama dengan seorang financial consultant yg memberi tips utk menguruskan kewangan... just nak share , hopefully memberi manfaat dan info berguna, antara tip yg diberi

  1. Peruntukkan sebahagian wang untuk kecemasan (eg : medical expenses / car breakdown). Sebaiknya 10% daripada jumlah pendapatan. 
  2. Cuba untuk bayar TUNAI, credit card is a no no. 
  3. Kurangkan belanja besar eg kereta baru, perabot baru dan sebagainya
  4. Cuba berjimat eg. shop / dine bila ada promo
  5. Kaji bil yg diterima . Lihat semua item dalam bil , bukan hanya total figure dan find way to actually remove or minimise whenever possible. 

agak practical dan macam boley ikut, org macam i kena laaa..hahahha... well skang nih ekonomi lembab, and expect to be worst next year... kena la beringat ... byeee

Friday, September 9, 2011

Salam Aidilfitri

Harapnya tak terlambat lagi nak wish u'olls Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. dari kami sekeluarga, semoga kita terus dirahmati Allah amiinn...

tak ada pics nak upload..semacam busy raya tahun ini..nak ambil gambor pon tak sempat...ntah apa apakan..nak citer la skit cerita raya i..hehehe
28 ramadhan kami dah gerak balik kuantan..turn kampung i la plak.. eheh...mmg best , dapat 2 malam berbuka puasa bersama abah dan ummi... rindu btol, kan best kalau arwah mak masih ada..semoga Mak ditempatkan disisi Allah amiinn..

cucu cucu abah...mmg berjaya mem"kecoh" kan keadaan...ehhehe...enjoy giler dorang... acara makan jugak antara acara yg ditunggu oleh dorang ni... so masa malam raya...kami dah beraya dah sbnrnyaaa...kami makan

1. Nasi impit
2. Serunding kelapa + daging cincang
3. Lepat pulut
4. Rendang daging
5. Kurma daging rusa
6. Sayur asparagus goreng + daging...

menu pagi raya plak... ada addition kepada yg atas tadi tu

1. Daging Kambing masak beriani
2. Acar timun
3. Nasi Briani

pergh.... apakah itu diet?  hahahha...

slps tuh biasala acara salam - salam... dan duit raya...4 org cucu pon lmbt nak selesai..mcm mcm kerenah abah nak layan..hehhehe...aku seperti sentiasa nak bergenang air mata .. sentimental benar aku nih.. tapi aku bahagia dan happy

then kami gerak gi kubur arwah emak, sayu bila abah baca doa...semoga arwah mak bahagia disana...amiinnn

heheh..tu la cerita raya i ... biasa ajer kan...may you all juga bahagia . chow


Tuesday, August 23, 2011

Andai Rasullullah Masih Bersama Kita

salam u'olls, heheh...so how's ramadhan so far , we are entering the final leg of Ramadhan, semoga kita masih lagi mengejar rahmat Ramadhan yang menjanjikan seribu keberkatan dan rahmat...

ada la nak share , ada satu rancangan yg aku follow at TV Al-Hijrah , Lau Ka Na Bai Na Na yg membawa maksud, Andai Rasullullah Bersama Kita. The program showcases Rasullullah s.a.w sebagai manusia yg layak dicontohi. Menyentuh segala aspek mengenai Rasullullah s.a.w yang kita sebagai ummatnya haruslah berusaha untuk mencontohi beliau. Subhana Allah. Acapkali air mata ini seing bergenang setiap kali sirah Kekasih Allah ini dikongsi. Susungguhnya Maha Suci Allah mengutuskan sebaik manusia untuk manusia akhir zaman. Menebal rasa di dalam dada untuk lebih mengenalinya. Masa kecil dulu adala baca sirah Rasullullah s.a.w , untuk mengenalinya, tapi kali ini aku ingin jatuh cinta padanya. Semoga Rasullullah juga mencintai aku amiiinnn....





you guys boley follow this program, setiap hari ketika waktu sahur 5.30 am to 6.00 am.

salam

Thursday, August 18, 2011

alhamdullillah

marilah kita bersama memanjat syukur dan terima kasih diatas semua nikmat dan kurniaan Allah...

rahmat dan rezeki aku di bulan yg mulia ini berterusan, alhamdullillah, datangnya tak disangka-sangka , Maha Suci Allah yg Maha Pemurah serta Maha Pemberi Rezeki

Semoga Allah terus merahmati kami sekeluarga amiinnn... :)

Monday, August 15, 2011

rahmat ramadhan

alhamdullillah..terima kasih Allah atas kurniaan Mu. Maha Besar Allah yg Maha Pemurah dan Maha Mengetahui.  Sesungguhnya janji Allah itu memang benar, dan sempena Ramadhan yg mulia ini, kami semua berbahagia dan bersyukur kerana dikurniakan sihat tubuh badan, dimudahkan segala urusan, dah rezeki yg tak disangka - sangka terima kasih Allah

aku nak congratulate myself sbb dah dipromote...

long awaited letter , next milestone??? ... hmmmm...

well acting tu cuma macam probation ajer .. aku yakin aku dapat galas tanggungjawab ini sebaiknya. In fact mungkin aku better than other HOD, still doing coding jugak okay..hmmm...and more other skills added to my resume...hahahhha....

then add to our joy is that en.hubby plak dapat habuan...alhamdullillah... 

oh yes, we have been through a lot in 2011, i must say it was the most challenging time ever for me and also for en.hubby but , this is the best part, we never have a fight over it, we just being there for both each other for rich or poor , for better or worst. Come what may, we just stay positive and alhamdullillah....it works y'all , i don't know how but it just work, Subhana Allah...

but this is far from over for both of us. kami masih kena kerja kuat... somoga Allah bersama kami...amiinnn

May all of you out there have Allah blessing and "rahmat".

Thursday, August 4, 2011

long lost gegurl ...

ini la orang nyaaa.... baru habis pantang ... mommy vogue gituuu... kitaorg bukan BFF tapi gang gegurlzzz...hehhehe

me and watie
terima kasih la kerana sudi men"sesat" kan diri ke opis lama... hhhuhu...its been a while .. how time flies. congrats on your newborn umar ... semoga terus dirahmati dan dimurahkan rezeki

watie dan semua gegurlzzz...bila nak mencemar duli dan mai ke opis lama ni... mungkin byk kenangan pahit tapi... kenangan manis pon ada kan...it kinda exciting if you guys can come and relive those moments....erk....  korang nak ker? huuhuhuh

So...how your ramadhan so far??

so... apa citer u olls....semoga amalan puasa dan ibadah yg lain dapat dilaksanakan dan peroleh rahmat dan berkat daripadaNya. 

ramadhan 1 dan 2 , aku cuti, cuti byk so special la skit aku sambut ramadhan kali ni , duduk rumah buat ibadah yg patut...tenang dan nyaman..terima kasih Allah atas nikmatMu ini..

menu berbuka jugak simple ajer ... 

ramadhan day 1..

alfredo pasta w chicken drummet , homemade sardin puff

 ramadhan day 2 ..

mee hoon singapore , shatsuka + tortilla
ramadhan day 3 ...

tak ada gambooo...huhuh..smpai rumah pukul 7, masak nasik, goreng drummet, goreng sayur dan mak bg kari ayam.... alhamdullillah atas rezekiMu Allah. So far tak berkesempatan nak ke bazaar ramadhan... larat lagi nak masak boley laa....semoga aku terus semangat nak prepare juadah berbuka dan sahur.

progress tadarus aku so far pon bagusss... on track...semoga amalan ini dapat aku kekalkan sampai bila bila. u olls pon sama la kan...jom jom kita kejar rahmat ramadhan...aku tarawikh kat rumah ajer... hehhe...buat slow2...relax2...hehehhe

ok la u olls... nanti update lagi

selamat melaksanakan ibadah puasa!!