Friday, July 8, 2011

Alhamdullillah

aku bersyukur kerana masih lagi dapat meneruskan hidup ini, dan diizinkan untuk terus melaksanakan tugasan hidup aku sebagai hambaNya. Ya Allah segala pujian hanya layak untuk Mu Maha Pencipta sekalian alam.

aku bersyukur diatas kurniaan rezekiMu ya Allah, berkatilah rezeki yang diberi dan tambahkan lagi agar dapat terus beribadah kepada Mu
aku bersyukur atas kemudahan yang dilimpahkan ke atas kami sekeluarga, rahmatilah kami ya Allah . 

aku bersyukur atas kesihatan yg dikurniakan, semoga kami dapat terus berada diatas jalan Mu ya Allah

aku bersyukur atas kegembiraan dan ketenangan yg kami kecapi. Suami , Haziq n Harith and keluarga menjadi sumber kekuatan dan kegembiraan aku.

tiada kata seindah bahasa yg dapat aku ungkapkan ucapan syukur dan terima kasih kepada Mu yang Maha Satu. Terima Kasih , Terima Kasih

No comments: